JUSTIFIKASI CERPEN
Secara amnya, cerpen yang dipilih adalah
berdasarkan dua konteks iaitu kewibawaan penulis dan pencapaian cerpen yang
dihasilkan.
Seperti yang dimaklumkan penulis kepada
cerpen Tulang Pekasam Ikan Puyu adalah nama besar yang tidak asing lagi dalam
persada kesusasteraan moden Arab dan Melayu. Kebanyakan hasil tulisannya
diterbitkan di majalah, akhbar, antologi bersama atau pun memenangi sayembara
penulisan. Kewibawaan yang ada pada seorang penulis dapat menghasilkan cerpen
yang mantap dan baik dan cerpen tersebut wajar untuk dikaji secara komprehensif
atau lebih mendalam.
Oleh yang demikian, cerpen hasil tulisan Azizi Abdullah ini wajar untuk diangkat sebagai data kajian berdasarkan kedua-dua konteks yang telah dikemukakan.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian yang dijalankan adalah bertujuan untuk:
1) Mengenal pasti bidang yang terdapat dalam linguistik yang berkaitan dengan bidang sastera.
2) Menganalisis perkaitan antara bidang linguistik dan sastera dalam cerpen 'Tulang Pekasam Ikan Puyu'.
No comments:
Post a Comment