Selamat Membaca !
GAYA
BAHASA KIASAN
Gaya bahasa yang dibentuk untuk tujuan perbandingan
atau persamaan. Perbandingan merangkumi dua pengertian. Pertama ialah yang
tergolong dalam gaya bahasa langsung dan yang kedua ialah perbandingan yang
tergolong dalam bahasa kiasan
Tiga aspek gaya bahasa kiasan
(a) Persamaan atau simile
Secara mudahnya, simile adalah perbandingan yang
bersifat eksplisit (Hassan Baseri Budiman, 1992:79). Yang dimaksudkan dengan
perbandingan ini ialah sesuatu yang dikatakan sama secara langsung dengan hal
yang lain. Selain itu dapat juga dikatakan bahasa perbandingan yang dibuat itu
adalah secara terus. Contohnya :
i)
Tuk Wan
cepat-cepat pakai cermin mata bingkai
bulan.
ii)
Jala bermata
sebesar ibu jari itu sudah lama.
iii)
Tuk gembira ikan
puyu hampir besar tapak tangan.
(b) Metafora
Metafora adalah semacam analogi
yang membandingkan dua hal secara langsung, tetapi dalam bentuk yang singkat.
Contohnya:
i)
Tuk perhatikan
Tuk Wan yang bongkok-bongkok menanggung jala menuju ke parit giladi tengah
bendang.
ii)
Akhirnya ketika
matahari hayun-temayun. Tuk Wan pun
balik dengan ikan sekerat raga.
(c) Personifikasi
Personifikasi ialah gaya bahasa
kiasan yang memberikan sifat manusia kepada benda-benda yang bukan hidup.
Contohnya:
i)
Angin dan pintu
dapur yang terbuka menyentuh pipi kerepot Tuk.
ii)
Tuk menunggu di
longgok api itu sehingga api itu menjilat habis jala Tuk Wan.
Jelas bahawa berdasarkan dua gaya
bahasa yang disentuh di atas, menunjukkan bahawa penggunaan gaya bahasa dalam
cerpen dapat menimbulkan kesan keindahan dan kesan ketepatan dalam sesebuah
karya. Oleh yang demikian, dalam penulisan, seseorang karyawan boleh memilih
satu-satu gaya yang tertentu supaya apa yang hendak diceritakan itu menjadi
mudah dan menarik.
Terdapat
aspek linguistik lain boleh diutamakan misalnya, aspek leksikal yang berkaitan
pemilihan diksi dan penyingkatan kata. Sementara itu, aspek semantik
dihubungkan pula dengan gaya bahasa perbandingan, termasuk bahasa figuratif
seperti simile, metafora, personifikasi, hiperbola, perlambangan, paradoks dan
sebagainya.
No comments:
Post a Comment